F A K E S M I L E


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FaceBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

Kau melangkah dengan gagah

Assalamualaikum



Kebiasaannya apabila aku bercerita pasti namanya ada dalam senarai ceritaku.
Dia puteri aku yang pertama.  Wataknya, sikapnya saling tak tumpah sepertiku.
Kehidupan dia sangat mencabar.  Usia semuda dia sudah diuji berbagai masalah.
Namun kekuatan dalaman dia mengkagumiku.  Ketabahannya tidak setanding usianya.
Seawal usia 2 tahun dia sudah merasai kepahitan hidup bersamaku.
Namun dia tidak pernah mengeluh.  Berkongsi sepinggan nasi berlaukkan kicap semata menjadi 
makanan paling enak baginya. Dia tidak mengeluh. Malah tersenyum manis bersama ayahnya menanti suapan demi suapan.




Seusia 5 tahun sudah menemaniku mencari sesuap nasi di dalam kedingin penghawa dingin.
Diselimuti sejadah surau, dikelilingi wajah-wajah dewasa yang sama-sama menjadi mataku ketika aku menjalankan kerja-kerja seharianku.



Dia tidak mengeluh.  Dia tidak mengeluh.




Menjejaki tangga sekolah rendah ditemani atok kesayangannya. Menyusuri kehidupan sebagai pelajar
yang disayangi guru. Bijak seketika....leka menghampiri bila mula mengenali rakan yang menyusuri kesilapan langkah. Menjadi bahan buli rakan seperjuangan. Menuruti kehendak rakan2. Kenakalan biasa bagi kanak-kanak. Namun dia gembira menyusurinya sebagai seorang pelajar.


Melangkah naik ke tangga menengah...ujian mula mendatangi kamu.
Apabila guru-guru mengkagumi kelebihanmu...rakan mula iri. 
Mula menjauhkan diri. Namun kau gagah hadapi kesepian yang mendampingi.


Pesanku...sayang...masih ramai yang mahu berkawan.  Bukan mereka penentu masa depanmu.
Ayuh jalani hidup.  Harungi kehidupan. Tempuh cabaran. Jalani ujian. Allah tetap bersamamu syang.

Semakin rakanmu menjauh...semakin guru mendekatimu.
Rakan kamu seperti kamu hanya menuntut.  Tetapi guru yang mendekati kamu adalah ilmu. Ilmu yang semakin mendekati kamu.  Banggalah kamu dengan diri kamu sayang....kerana Allah masih sayangi kamu.

......to be continue.....

Jumpa nanti.....babai

0 comment[s] | back to top