F A K E S M I L E


ENTRY ABOUT LINKS STUFFS FaceBOOK TWITTER ASK.FM NEWER OLDER +FOLLOW

aku kembali....
Assalamualaikum
Selamat Pagi 

Ya Allah lamanye x buka blog ni.....berabuk gler dah.
Maaflah x de masa nk update blog sbb byk benda yg berlaku sejak akhir2 ini yang membuatkan aku malas nk berkarya.

Ok....dalam menempuhi kehidupan ini kita kadang2 alpa bahawa terlalu banyak hati yang kita nak jaga.
Tapi dalam tak sedar hati kita sendiri kita tak jaga langsung.
Macam ne tu erk???
Hati sendiri pun nak kena jaga ke?

Eh..wajib dijaga tau....MACAM MANA???
Hah...meh nak kongsi....

1..Hati kecil kita la yang paling wajib kita jaga jangan sampai dia terluka. Jika hati  kecil ini berdetik..cepat2 pujuk dia...
"Wahai hati...sabarlah sayang...jangan ambil kisah dengan orang sekeliling kita....
aku akan menjagamu sehingga nafasku terhenti..."

Lepastu berzikirlah..untuk ketenangan diri sendiri....

2. Hati busuk...pergilah kau jauh2 dari diri aku ini.  Sesungguhnya kau tidak diperlukan dalam diri aku ini.
Bila perasaan busuk itu datang...cepat2 lah....

"Hei..hati busuk...pergi lah kau jauh2 dr aku...kerana aku tidak mahu menyakiti perasaan org lain.
sesungguhnya kau datang bersama yang lain yang akan membawaku ku ke jalan yang mungkar...Allahuakbar!!.." 
Beristifarlah kamu.

3. Hati kering adalah hati yang sudah tak mampu disemai lagi. Seakan bunga yang layu menanti kering ditiup angin dan pergi terus meninggalkan kita.  Oleh itu cepat2 lah...

"Hai hati kering...jangan sekali kau datangi aku kerana jika kau hampiri aku..maka tiada lagi pertimbangan  dariku dan masa itu keputusan kejam pun mampu ku buat..."
Maka siramilah hati kering itu dengan air wuduk dan marilah kita bersama-sama mengerjakan solat
dan jauhilah perasaan itu....Amin.

Oleh itu sayang semua.....sama-samalah kita menjaga hati kita agar tidak disakiti.
Sebelum kita menyakiti hati orang lain maka kita jagalah hati kita sebaik mungkin kerana kita tahu betapa sakitnya hati kita jika orang lain menyakiti  kita.

akhir kata

SAYANGILAH HATI KITA DAN JAGALAH UKHWAH SESAMA MANUSIA



0 comment[s] | back to top